Jill Naura

Inilah kisah dia

 

Bidang seni sangat dia suka

Mula melukis sejak mengenal dunia

Fotografi pun pernah dia cuba

Bidang grafik pun diteroka

Menjahit pun dia pandai juga

Sekarang, seni penulisan pula

 

Niat asal mahu memberi sokongan kepada adiknya

Caranya: “kita menulis sama-sama”

Akhirnya di sinilah dia

Bersama Tina Derika dan seorang Anarif yang memulakan segalanya

 

Lisannya tandus dengan kata-kata

Perasaan banyak dipendam di jiwa

Jadi, apa yang ditulis banyak berkisar pada rasa

Maaf, kiranya dia tidak sempurna

Dia hanya ingin berkongsi cerita

 

Namun, lebih mudah baginya

Berkarya dengan mereka yang mahu menerima

Dan berselindung daripada mereka yang berpura-pura

 

Kerana itulah namanya,

Jill Naura

 

 

 

You are here: Penulis JS Jill Naura