Amany

Saya suka buat karangan, tapi yang berbentuk fakta sahaja. Pernah satu hari masa saya di tingkatan tiga, cikgu Bahasa Melayu suruh satu kelas buat karangan berbentuk cerita. Sungguh, masa tu saya memang rasa helpless, clueless dan speechless. Sebab saya bukanlah kreatif untuk buat karangan macam tu. Selalunya kalau buat karangan fakta, saya boleh siapkan satu karangan dalam masa lebih kurang 10 minit saja. Tapi, saya ambil masa dua hari untuk siapkan satu karangan berbentuk cerita yang tak lebih daripada lima muka surat. Haha!

Sebab itu saya kata, “Saya tulis manuskrip ni untuk cabar diri sendiri.” Saya pun tak tahu bila saya mula datang ‘semangat’ nak menulis sebab sebelum ni saya menulis hanya untuk suka-suka lepas tu bagi adik baca. Tup-tup manuskrip yang saya taip dah sampai ke penghujung.

Saya suka baca novel-novel Melayu. Masa tu tak pernah lagi baca novel terbitan Jemari Seni. Satu hari, saya beli dua buah novel terbitan Jemari Seni. Lepas tu terus jatuh cinta dengan Jemari Seni. Semasa saya mula serius mahu menulis, saya dah nekad nak hantar manuskrip pada Jemari Seni sahaja dan alhamdulillah ia menjadi kenyataan.

Saya bukanlah seorang yang senang berkongsi cerita walaupun suka bercakap. Saya senang tersenyum tapi kena senyum penuh dulu baru orang nampak saya sebenarnya tengah senyum. Sebab itu first impression orang pada saya: sombong. Sebab saya malas nak senyum penuh :p

Sangat gilakan Pooh dan tulip, suka ketawa, suka bercakap sorang-sorang terutama kalau tengah tengok drama, suka perhati orang lain dan suka mengusik.

Terima kasih kerana menyokong saya dan harap ia berterusan.

 

Love,

Amany

 

E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Facebook: Amany Halimi

Twitter: hitori2_

You are here: Penulis JS Amany