Aidah Bakri

Aidah Bakri... hanyalah nama kecil yang biasa-biasa sahaja. Lahir di sebuah kampung kecil di Daerah Pontian. Mendapat pendidikan sekolah rendah hingga ke sekolah menengah... juga di sekolah biasa. Belajar di aliran Sains sehinggalah opsyen yang diberi untuk memasuki maktab perguruan, juga opsyen Sains.

Terjebak dalam dunia penulisan... saya sebenarnya memang suka menulis, merapu dan mencoret apa sahaja yang terlintas di fikiran hatta sewaktu pensyarah sedang memberi kuliah pun masih sempat berbalas coretan dengan teman sekuliah. Pernah suka-suka hantar karya ke stesen radio dan pernah juga cerpen yang ditulis disiarkan di Stesen Radio Sarawak bertahun dulu. Habis belajar dan masuk ke dunia pekerjaan... hobi menulis bagaikan terpinggir pula. Sibuk dengan hambatan tugas lebih-lebih lagi seawal bertugas sudah diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas yang akan menghadapi peperiksaan.

Namun... selepas habis menyambung pelajaran peringkat ijazah, terasa banyak pula masa terluang. Rasa kosong... rindu pula dengan masa-masa sibuk menyiapkan assignment... maka dengan itu, saya menulis kembali. Bermula di blog... sehinggalah bertemu jodoh dengan Jemari Seni.

 

Aidah Bakri

E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

You are here: Penulis JS Aidah Bakri