Hafizah Iszahanid

Permulaan kisah saya menulis sangat klise. Bermula dengan tabiat suka membaca. Tidak kiralah buku atau majalah, habis semua saya baca. Waktu membaca saya juga aneh. Saya akan lebih suka membaca bila masa emak minta buat kerja rumah. Jadi, emak pun tak sampai hati menyuruh saya mengemas atau membasuh pinggan sebab saya ralit pegang buku (kononnyalah!)

Saya mula menulis sebab teruja dengan buku-buku yang saya baca. Apatah lagi, saya fikir itu sajalah kebolehan yang saya ada, kerana kebanyakan saudara-mara saya pandai melukis tetapi saya tidak.

Cerpen pertama saya tersiar di Dewan Siswa berjudul Maafkan Aku terbitan bulan Jun tahun 1991. Dari situ saya mula menulis tetapi kebanyakannya di Dewan Siswa. Novel pertama terbit pada 2005 dan sejak itu saya sudah menghasilkan lima novel.

Sehiris Bulan adalah novel pertama dengan JS tetapi ia adalah novel keempat saya. Mudah-mudahan, saya memiliki stamina untuk kekal menulis.

 

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

You are here: Penulis JS Hafizah Iszahanid