Ayuna Asma

Menulis bukanlah minat sebenar saya semenjak kecil sehingga dewasa tetapi membaca buku cerita dan novel merupakan minat saya semenjak azali. Pernah sekali semasa di saya di darjah satu, arwah emak menarik telinga saya kerana terlalu asyik membaca buku cerita sehingga terlupa untuk mengaji. Dek kerana minat yang mendalam membaca buku cerita dan novel saya mengumpul koleksi novel-novel yang telah dibeli dan dijadikan mini perpustakaan di rumah.

Saya ditakdirkan untuk menulis pada tahun 2006 apabila rakan sekerja saya di pejabat lama suka menulis. Sepanjang proses rakan saya menulis, saya selalu dijadikan mangsa untuk membaca dan memberi komentar terhadap hasil tulisannya. Bertitik tolak kepada itu, saya mula menulis sebuah novel namun tidak dapat diterbitkan kerana saya kehilangan salinan novel itu apabila computer riba saya dijangkiti virus. 

Semasa di universiti, bagi mengisi masa lapang saya mula menulis Kau Belacan, Aku Keju!. Oleh kerana tuntutan masa yang semakin mendesak pada tahun-tahun akhir di universiti, saya memutuskan untuk berhenti menulis untuk sementara waktu. Apabila tamat pengajian di universiti, saya berdepan dengan masalah untuk mendapatkan pekerjaan dan saya kembali menulis dan menyiapkan Kau Belacan, Aku Keju!. Alhamdulillah, pada hujung tahun 2012, karya pertama saya Kau Belacan, Aku Keju! siap sepenuhnya untuk Jemari Seni Sdn Bhd dan pada ketika ini kakak ipar saya pula yang dijadikan mangsa untuk membaca dan memberi komentar bagi karya sulung saya ini. 

Saya suka menulis kerana:
# Menulis menjadikan saya sesiapa yang saya mahu
# Menulis membawa saya ke merata-rata tempat walaupun hanya ilusi
# Menulis membuat saya rasa bahagia apabila watak yang saya tulis bahagia
# Menulis merupakan cara saya untuk menyampaikan mesej kepada pembaca

 

E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Facebook: Asma Abdul Hamid

You are here: Penulis JS Ayuna Asma