Ahmad Safarman

Saya ni seorang guru yang mengajar di sekolah Cina di daerah Hulu Perak. Menjadi satu-satunya guru Melayu di sekolah Cina membuatkan kehidupan saya agak sedikit berlainan kerana rata-rata kawan saya adalah dari kaum Cina. Dalam hal ini, saya dapat mengetahui serba sedikit adat resam mereka sehinggalah terlahirnya novel Nasi Lemak Ikan Pekasam yang bertemakan satu Malaysia.

Walaupun sudah tiga tahun menyewa bilik di sebuah masjid, saya tidak menjadikan aktiviti menulis sebagai sesuatu yang menghalang. Duduk di dalam masjid membuatkan saya dekatkan diri dengan Allah. Inilah peluang saya mengumpul pahala. Pernahkah anda dengar ada guru tinggal di dalam masjid? Mungkin ada mungkin tidak, tapi sayalah salah seorang.

Seperti yang ramai maklum, kerjaya guru hari ini sangat mencabar dan beban kerja yang ditanggung guru juga tidak terhitung. Apa pun, kelakuan murid-murid dan masyarakat sekitar menjadi pencetus idea untuk berkarya. Dan saya menulis sekadar mengisi masa lapang.

Selamat berkenalan dengan novel saya. Andai ada kekurangan dalam novel saya itu harap dimaafkan dan andai ada apa-apa kritikan dipersilakan.

 

 

You are here: Penulis JS Ahmad Safarman