Fatihah Pauzihal

“Kau menulis ke Ah? Bukan kau cikgu Add Maths ke? Songsang jauh dah kau ni...”

“Betul ke ni? Kau menulis cerita? Yang budak-budak baca tu? Novel? Jiplak ke ni?”

“Boleh ke? Kalau terbitkan, laku ke? Pandai ke kau? Macam tak boleh je?”

“Biar benar budak ni... jadi penulis pulak ke? Bukan duk jual puding ke selama ni?”

Ayat-ayat tu memang dua tiga bulan ni sering diajukan pada dia, terutamanya di sekolah, di Facebook, dalam e-mel.... letih dia nak jawab. Itu untuk yang baru kenal dialah. Bagi kawan-kawan lama, memang semua seronok. Yalah, sebelum ni, masa sekolah dulu, asyik tulis dalam buku latihan yang tak habis, lepas tu bagi kawan baca. Dah moden sikit, taip kat mesin taip elektrik abah. Dah masuk zaman ICT, taip kat komputer, print bagi kawan-kawan baca! Seronok apabila kawan-kawan seronok baca cerita dia. Apabila karya masuk majalah, seronok tak boleh nak cakap... bak kata rakan sebilik masa di universiti, tersengih dalam tidur sampai pagi, lebih daripada orang baru masuk meminang!

Itu cerita dulu. Apabila dah berkerjaya, dah berkeluarga, mulanya memang dah jadi lupa dengan minat dia sendiri. Tup-tup satu hari terjumpa manuskrip-manuskrip lama, entah sensitif ke apa, terus berjurai air mata... nostalgia tu... dan kisah menulis bermula lagi....

Seorang ibu kepada seorang anak lelaki. Bekerja sebagai guru di Kelantan tanah kelahiran setelah satu peristiwa ‘sedih’ berlaku. Sebelum tu bertugas di Perlis dan Sungai Petani. Walaupun mengajar Matematik Tambahan dan Sains, yalah, kata orang tak selari dengan minat menulis yang ada, tapi tetap menulis, walaupun berdikit-dikit. Periang, suka ketawa, suka buat orang ketawa... suka masak, suka makan dan suka buat sesuatu yang membahagiakan... hidup ini tak akan mengubah kehidupan kita, jika kita tidak mengubahnya sendiri!

Blog:http://mamacupiecorner.blogspot.com

E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

You are here: Penulis JS Fatihah Pauzihal