Ismad Astar

Andai Tiada Erti

Andai nukilan ini tiada erti walau sebagai sebutir pasir di persisiran pantai
Atau sebagai setitik air dari tujuh buah lautanKau campakkanlah dia ke dalam lautan yang paling luas
Ikatkan sebuah batu yang besar agar dia cepat tenggelam ke dasar yang paling dalam
Jika tidak pun, kau ikatlah dia kepada seketul daging agar ia ditelan oleh seekor jerung
Alangkah eloknya, jika ia terkambus oleh mendakan-mendakan yang melapisi dasar lautan itu
Ataupun ia hancur lebur dikisar tali perut ikan jerung, lalu keluar sebagai najisBiar aku tidak lagi menjumpainya walau dengan bantuan sebuah kapal selam yang paling canggih
Atau aku tidak lagi mengenali dan mengingatinya walau dalam secebis ingatan
Kerana, jika ia tiada harga di dunia, tambah lagilah kontang nilainya di akhirat

Kepada semua pembaca, saya berpesan supaya anda tidak tercari-cari siapakah dia Nurasyikin dan Nurul Iffa itu. Wujudkah mereka itu sebenarnya? Di universiti mana mereka belajar? Anda takkan jumpai Nurasyikin dan tidak juga Nurul Iffa. Kerana jika anda mempunyai pemikiran yang positif, jati diri yang tinggi, citra yang fitrah, anda akan jumpai roh Nurasyikin dan roh Nurul Iffa begitu dekat....

Jika anda sukakan Nurasyikin, anda carilah dia dalam diri anda, dan jika anda mencari Nurul Iffa, dia juga ada dalam diri anda. Jika anda sukakan ilmu pengetahuan lawatilah blog-blog berikut:

http://purplemelastoma.blogspot.com
http://gedungilmu.blogdrive.com
http://alurilmu.blogdrive.com

You are here: Penulis JS Ismad Astar