Imaen


Barangkali satu paradoks bertanya kepada seorang yang bersembunyi di sebalik pseudonim siapakah dia. Soalan itu akan jadi seperti bertanya kepada Zorro atau Spiderman siapakah sebenarnya dia. Namun kerana dia sudah memilih untuk menulis kepada umum sedikit sebanyak informasi tentang dia harus diketahui juga. Dia lulusan ijazah Ekonomi dan Pentadbiran dari Universiti Malaya. Dia juga lulus Diploma Pendidikan tetapi tidak bekerja sebagai pengajar.  Pernah menjadi chef selama beberapa tahun. Kini dia menulis pula.

Katanya bagaimana mula menulis, “bermula dengan menulis sebentuk huruf menjadi sepatah perkataan bertukar menjadi sebaris ayat menjelma jadi seberkas kumpulan ayat. Kumpulan ayat tadi saya serahkan kepada Jemari Seni untuk dinilai dan mereka bersetuju menerbitkannya sebagai sebuah novel.  Saya menulis bukan untuk mengubah seseorang apa lagi mahu merubah dunia. Sebab kalau manusia boleh mengubah manusia lain saya percaya Abu Talib akan meninggal sebagai seorang Islam.  Saya menulis dengan harap Tuhan akan mengubah nasib saya, dan nasib kita semua, di akhirat kelak. Insya-Allah.”

Biarlah dulu dia bersembunyi dalam kepompong nama itu. Siapa tahu satu hari nanti setelah habis musim hibernatnya, dia bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik – atau tidak cantik – untuk berterbangan.

http://imaen.blogdrive.com

You are here: Penulis JS Imaen