Diya Nordin

Diya Nordin; mula wujud sejak dari 2004. Dari seorang pelajar kepada seorang blogger dan kini, penulis separuh masa . Mula menjinakkan diri dalam penulisan menerusi blog bermula pada tahun 2004. Blog banyak mengenalkan Diya dengan penulis-penulis yang bagus dan berpengalaman. Blog juga banyak mematangkan Diya Nordin dalam penulisan.

Kelakarnya, saat itu walau sudah bergelar blogger dengan menulis e-novel, Diya tak pernah sedar bahawa Diya boleh menulis sebuah cerita. Kerana mungkin menulis sekadar satu ekspresi untuk melepaskan lelah belajar.

Merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik dan berasal dari Kangar, Perlis. Kini menjawat jawatan eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Impian Diya, semoga setiap penulisan Diya memberikan manfaat bersama buat pembaca dan juga buat diri Diya sendiri. Kaca Jendela Ainnur merupakan novel ke-dua dan penampilan sulung Diya bersama JS.

Diya boleh dihubungi menerusi http://diyanordin.com dan This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

You are here: Penulis JS Diya Nordin