Aidil Khalid

Aidil Khalid-w

http://www.aidilkhalid.blogspot.com

DULU dia pernah bercita-cita hendak menjadi juruterbang. Tetapi sayangnya tidak kesampaian, kerana tingginya tidak mencukupi. Hanya tiga sentimeter sahaja lagi daripada syarat yang ditetapkan!

Dengan penuh rasa kecewa, Aidil Khalid pun masuk ke UIA dalam jurusan kejuruteraan. Tapi tak sampai sebulan, dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke UK dalam jurusan undang-undang pula.

‘UK? Wah, dapat keluar negara!’ Maka tanpa berfikir panjang, dia langsung meninggalkan pengajian kejuruteraan lalu menerima tawaran tersebut – bukan kerana minat bidang perundangan, tapi kerana hendak melancong. Sebetulnya dia ketika itu belum ada arah tujuan yang jelas, apatah lagi masih kecewa dengan ketinggiannya yang tak cukup tiga sentimeter untuk menjadi juruterbang ke awan biru!

Kecewa datang lagi apabila dia tak lepas ke UK kerana keputusan A Levels gagal meyakinkan pihak yang mengeluarkan biasiswa. Kegagalan ini mempunyai implikasi yang sangat besar ke atas hidupnya. Dia menjadi sangat tertekan. Dia rasakan segala-galanya sudah gelap. Lalu dia menjadi seorang introvert.

Dan ketika penuh kekecewaan inilah dia mula menulis. Menulis, menulis, dan terus menulis… kemudian menulis lagi, lagi dan lagi, bagi melupakan kekecewaannya. Tapi pembaca tak perlu risau sebab novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu bukanlah sebuah memoir kecewa.

Kini, setelah rasa kecewa itu dia tinggalkan ke belakang, dia berpeluang menuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan undang-undang.Belilah novelnya dan kemudian promosikan kepada rakan-rakan untuk membelinya juga, sebab kalau tidak, Aidil  akan kecewa lagi.
You are here: Penulis JS Aidil Khalid