Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

 
 
 
 
You are here:: Kutubkhanah Pesta Buku 2011 Temu Bual Kak Ajah dengan Syud
 
 

Temu Bual Kak Ajah dengan Syud

COVER-BajuMelayu-web
Kak_Nila
  • Prev
  • 1 of 2
  • Next

20 April 2011

Lagi 2 hari
ke Pesta Buku Antarabangsa KL

Assalamualaikum

Buat pembaca yang setia membaca buletin kiriman Jemari Seni, inilah buletin terakhir untuk siri ‘menghitung hari’ sempena Pesta Buku Antarabangsa KL tahun ini. Sedih tau, terpaksa berpisah dengan pembaca semua *sob sob sob*

Untuk promo penutup tirai :) Kak Nila bertuah kerana Kak Ajah sempat menemu bual Saudari Syud tentang novel terbaharunya Baju Melayu Hijau Serindit. Wah, bukan main tajuknya. Kak Nila sudah pun membaca novel yang manis ini. Bacalah kalau anda ingin sesuatu yang santai dan segar. Inilah novel solo ketiga tulisan Syud, selain daripada novel kompilasi bersama penulis lain; iaitu Kebun Mimpi, Pelangi, Damai dan Tinta.

Baca buletin sebelum ini di sini

 

 

Inilah temu bual Kak Ajah dengan Syud menerusi maya.

Kenapa suka jadikan Johor sebagai latar cerita?
Saya orang sana, dan itu mungkin sebab utama. Bagi saya, semua penulis jadi seorang penulis dengan ‘sebab’ dia tersendiri. Kadang-kadang ‘sebab’ tu dia jumpa, dan kadang-kadang tak (saya la yang tak jumpa ‘sebab’ lagi tu hehe :p) cuma saya suka tulis cerita berdasarkan latar yang pada saya, sangat dekat dengan hati.

Syud menulis ni macam pengalaman sendiri aje, betul tak?
Oh sudah tentu tidak. Semua ini fiksyen belaka.

Apa perancangan Syud tahun ni? Apa pula rancangan untuk pesta buku tahun depan?
Erm. Belum ada apa-apa lagi. Ingat nak bercuti sabatikal daripada menulis *lari daripada editor* dan buat beberapa benda yang asyik tertangguh sejak beberapa tahun ni. Tapi tak tahu lagi, semua bergantung pada keadaan. He he.

Cerita sedikit tentang Baju Melayu Hijau Serindit.
Orang yang setia membeli hasil tulisan saya, sudah tentu dah kenal dengan watak dalam cerita ni. Saya suka menulis rentetan watak (spin off) sebab dengan cara ni, saya boleh memberitahu pembaca secara tak langsung tentang apa yang terjadi pada watak-watak sebelum ini. Mungkin ada orang kata saya pemalas sebab suka buat macam ni, and maybe I am. Tapi ini satu cara saya untuk merajinkan diri sebab saya ada kepercayaan – semua orang layak ada cerita masing-masing. Macam dah jadi tanggungjawab saya untuk buat semua watak yang pernah saya reka ada cerita masing-masing :)

Apa harapan Syud untuk pembaca Baju Melayu Hijau Serindit?
Harap-harapnya sukalah. Saya menulis cerita tanpa konflik besar, sebab saya rasa dah banyak buku yang macam tu. Mengelat? Oh tidak. Apa salahnya kita variasi bahan bacaan, kan?

Apa yang Syud rasa masa menulis Baju Melayu Hijau Serindit?
Enjoyed it. Saya rasa mudah sebab saya selalunya menulis berdasarkan orang-orang dan keadaan sekeliling. Saya menulis berdasarkan apa yang saya nampak dan apa yang saya faham. Benda-benda ni tolong saya untuk berpijak di bumi nyata dan tak lari jauh dari logik. Mungkin orang kata, ada ke orang macam ni? Saya kata, jangan kerana kita tak pernah jumpa, kita suka nak kata orang macam tu tak wujud :)

Oh ya, Kak Nila letakkan blurb juga ya... buat tangkal buat yang hendak membaca cerita manis ini.

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah). Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”

~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah Cry

***

SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!

----

Okey, jumpa lagi pada tahun depan insya-Allah. Boleh Kak Nila hendak nyanyi lagu Geylang Si Paku Geylang bersama-sama anda?
Opps,
belumlah... pesta buku baru hendak bermula, silap lagu pula. Lagu Negaraku lebih sesuai rasanya. Biar tertanam semangat patriotik sedikit.

Salam sayang,

Kak Nila
2 hari ke Pesta Buku...