You are here:: Kutubkhanah Pesta Buku 2011 Perutusan daripada Hlovatulis
 
 

Perutusan daripada Hlovatulis

COVER-CJ-Fend
COVER-CJ-K2
Flyers_PBAKL2011
bookmark-s
Kak_Nila
  • Prev
  • 1 of 5
  • Next

18 April 2011

Lagi 4 hari
ke Pesta Buku Antarabangsa KL

Salam kasih sayang buat pembaca yang Kak Nila senangi,

Tentulah ramai yang tertunggu-tunggu promo novel Contengan Jalanan – karya penulis yang prolifik yang satu ini. Hlovate ini sudah punya ‘Fan Page’ sendiri http://www.facebook.com/Hlovate yang peminatnya dedikasi buatnya. Sudah ramai yang tertunggu-tunggu karya terbaharunya.

Tadaaa... inilah contengan perjalanan Hlovate tentang dua sahabat Fend dan K² - setelah sekian lama Kak Nila uar-uar pada pembeli.  Woish, mujur terbit, kalau tak apa Jemari Seni (JS) hendak jawab pada Pesta Buku ke-30 tu nanti.

Buku ini dibuat secara edisi berkembar dan dijilid terbalik. Jadi adik-adik pembaca janganlah pandai-pandai hendak pulangkan buku dan tuduh JS buat kesilapan tau. Oh ya, cerita ini ala-ala beli dua dalam satu harga. Wah, Kak Nila sudah promo baik punya ni. Harganya berbaloi sebab ada dua kisah; yang saling berkait. Tetapi bacalah cerita Fend dahulu; barulah habiskan kisah K² tu – kalau tidak hilanglah semua suspens anda itu.

Kak Nila sudah membacanya, dan Kak Nila janji tidak akan berkata apa-apa hari ini kerana Kak Nila telah pun menerima perutusan khas daripada Hlovate sendiri. Yalah kalaulah Kak Nila berbicara siapalah yang ingin mendengar suara antik Kak Nila ini. Jadi biarlah orang muda ini sendiri mempromosi bukunya pada audiensnya yang masih muda belia itu...


Hlovatulis… Contengan Jalanan
Fend
Setiap kali pulang ke Malaysia untuk bercuti,memang confirm saya akan mengalami culture-shock. Setelah sekian lama duduk di rantau orang, pulang sesekali tu memang macam orang bertapa baru keluar dari gua masuk civilisation pun ada. Ikut pepatah, macam rusa masuk kampung. Eheh. Essence Contengan Jalanan [Fend] saya tulis dengan apa yang dirasai sepanjang Ramadan 2009 dan 2010. Perbandingan dua Ramadan di negara sendiri dan negara yang… bukan negara sendiri. Setelah dipekasamkan dari tahun 2005, akhirnya siap juga pada 2010. Alhamdulillah.


Menulis Contengan Jalanan [K²] sebenarnya merupakan pengalaman menulis yang memang langsung tak pernah saya rasai sebelum ini. Raw. Hanya perkataan sepatah tu yang boleh saya gunakan untuk menyimpul perasaan menulis bahagian K² ni. Bahagian dedikasinya pula saya tulis awal-awal lagi, kerana dalam beberapa baris itu ada ‘pam hidraulik’ yang membantu menggerakkan saya  di waktu saya terbenam tak nampak matahari .
Seperti yang pernah saya tuliskan di blog ketika Contengan Jalanan ini masih namanya Creep~Street Symphony, contengan ini adalah memori  ‘mereka-mereka’ itu, juga kenangan dan hantu masa lalu. Piece yang ni boleh dikatakan pertama kali saya menulis dengan contengan serta lintasan tanpa banyak tapisan. Saya sendiri tak pasti sama ada orang lain boleh terima. Harapnya ya =].
Moga bermanfaat insya-Allah.
May Allah bless.

Untuk Hlovate – Perutusan Khusus :(

Amboih chek, bilamana Kak Nila habark tulis la semuka dua, tulislah tiga muka... ni betoi-betoi la  punya dengar kata Kak Nila, satu muka pun tak sampai no. Awat? Chek malu ka?
Takpa-takpa! Ada ubi ada batas, ada hari Kak Nila balas balik kat chek yang dengar kata sangat tu.    ~ (Kak Nila dalam mood balik utara)

Okey... apa yang istimewanya untuk novel ini?

(a) Jemari Seni beri diskaun 20% untuk Contengan Jalanan.
(b) Pada yang mendapat diskaun baucar 25% (untuk semua buku 2011 JSSB dan Si Manis 17)- kupon baucar itu JS hanya keluarkan 2000 keping sahaja, jadi siapa yang lambat putih matanya. Untuk itu temui Saudara Soleh Ismail dan konco-konconya di KL Sentral (di Stesen LRT, KTMB, Bas Rapid KL) pada 20 April mulai 10 pagi. Awas dapatkan yang original daripada petugas yang memakai lencana butang ‘SI MANIS 17’ pada hari Rabu itu. Sebabnya, JS ada tanda khusus untuk mengenal sebarang pemalsuan ahaks pada baucar.



(c) Seperkara lagi, Hlovate juga titipkan seribu penanda buku yang dia tulis dan tandatangan sendiri satu demi satu – tak tau la, jarinya jadi apa selepas itu (kerana Kak Nila tidak pula dimaklumkan).


Alamak, tadi kata tak nak cakap banyak. Okey Kak Nila brek kecemasan sekarang juga!


Wassalam,

Kak Nila 

4 hari ke Pesta Buku...