Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

 
 
 
 
You are here:: Kutubkhanah Pesta Buku 2011 Klinik Penulisan dan Cerita
 
 

Klinik Penulisan dan Cerita

Kak_Nila

Lagi 5 hari
ke Pesta Buku Antarabangsa KL

Assalamualaikum
Semoga sentiasa dalam afiat,

Sudah berhari-hari Kak Nila bercerita fasal buku dan penulis, kini tiba masanya Kak Nila tulis apa faedah lain yang adik-adik pembaca dapat sekiranya mengunjungi Gerai Jemari Seni nanti. Pada hari-hari biasa iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis, selain ada Kuiz Trivia untuk pelajar berumur 6 hingga 14 tahun; JS juga membuka ‘KLINIK PENULISAN’ – ada beberapa perkara yang akan di bincangkan di situ. Silalah melangkah ke ruang itu, jangan malu-malu... jangan segan-segan ya.

Lihatlah jadual berikut:

Klinik Penulisan

Hari /
Hari Bulan
‘tabib’ yang bertugas ‘jenis rawatan’
Pagi
(10 pagi - 12 tgh. hari)
PENULIS
Petang
(4 petang – 6 petang)
PENGURUS PENERBITAN
25 April 2011
Isnin
Imaen

Fokus:
Kebebasan menulis penting untuk pengarang yang berontak jiwanya.
Mariah Mustapha
(Novel Umum – JSSB)

Mohd Rosdi
(BOM Adiwarna – JS Adiwarna)
Dapatkan nasihat daripada PENULIS mengenai:
(a) kaedah menulis -> bagaimana untuk memulakan sesebuah karya
(b) bagaimana hendak buat suntingan yang baik
(c) boleh juga draf karya untuk perbincangan

------------------------------------------------------
Dapatkan nasihat daripada PENGURUS PENERBITAN mengenai:
(a) bagaimana hendak menghantar karya ke JSSB dan JS Adiwarna
(b) ciri-ciri karya yang diterima oleh Jemari Seni
(c) royalti / jumlah cetakan pertama / edaran / promosi
(d) boleh membawa karya untuk dinilai
26 April 2011
Selasa
Noor Suraya

Fokus:
Teknik cepat  untuk menulis sesebuah karya – satu permulaan.
Mariah Mustapha
(Novel Umum – JSSB)

Mohd Rosdi
(Si Manis 17 – JS Adiwarna)
27 April 2011
Rabu
Nawwir Barakbah

Fokus:
Kutiplah pengalaman untuk memulakan penulisan.
Mariah Mustapha
(Novel Umum – JSSB)

Mohd Rosdi
(BOM – JS Adiwarna)
28 April 2011
Khamis
Noor Suraya

Fokus:
Eh, edit dahulu karya sebelum kirim ke penerbit, ya.
Mariah Mustapha
(Novel Umum – JSSB)

Mohd Rosdi
(Si Manis 17 – JS Adiwarna)

Noor Suraya, Imaen dan Nawwir Barakbah akan membantu anda yang berminat dalam bidang penulisan. Anda boleh bawa draf karya untuk mendapat pendapat daripada mereka. Anda boleh tanya apa sahaja tentang penulisan; jika tidak anda pula terpaksa mendengar topik mereka hari itu. [Sila lihat fokus penulis pada hari itu]. Jadi pada pendapat Kak Nila, lebih baik anda yang bercakap daripada biar mereka bercakap fasal topik mereka itu, yang kedengaran ilmiah itu... la la la la.

Sesi ‘rawatan’ sebelah pagi, akan disambung pada sebelah petang oleh ‘tabib’ yang lain. Puan Mariah (Pengurus Penerbitan Jemari Seni Sdn. Bhd.) akan ‘mendedahkan’ rahsia sesebuah karya berjaya diterbitkan di syarikat naungan beliau. Puan Mariah ada ‘skema’ khas tentang itu, cepat tanya... inilah peluang anda. Apa ‘skema’ itu? Bagaimana hendak layak menjadi penulis Novel JS itu?

Pada yang ingin tahu tentang Buku Buat Orang Muda dan Si Manis 17, dipersilakan bertemu dengan Saudara Mohd Rosdi. Gunakan peluang ini untuk bertanya semua tip agar karya anda turut berbaris di rak gerai Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 dan tahun-tahun seterusnya.

Okey, hari ini Kak Nila tidak mahu berbicara banyak. Pada Kak Nila, bahasa diamlah lebih baik untuk pagi Ahad begini. Sebelum itu, pada sesiapa yang ingin menjadi agen menjual ala-ala orang jual Avon dan Cosway mahupun Jus Mate... temui Che’ Pah untuk maklumat lanjut tau, diskaun hebat menunggu anda :) Oh ya, waktu sampai ke gerai JS untuk hal itu, katakan saja “Che’ Pah”  -> staf di gerai akan segera tahu kehendak anda... jangan risau!

Salam sayang dan izinkan Kak Nila berpantun yang tidak kena-mengena dengan artikel ini pun. Hanya kerana Kak Nila tersampuk dengan cerita peminangan Sultan Melaka pada Puteri Gunung Ledang, maka bunga-bunga di taman ini pun sedang gila berperi...

Dang Nila memangku puan,
    Beremang-remang buah pedada;
Apakah gila bagi tuan,
    Burung terbang dipipiskan lada?

Dengan ‘mood’ rindu bertemu
Adik-adik Pembaca JS,

Kak Nila
5 hari ke Pesta Buku...