Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

 
 
 
 
You are here:: Kutubkhanah Pesta Buku 2011 Apa Catan Imaen Fasal Langsir Biji Remia?
 
 

Apa Catan Imaen Fasal Langsir Biji Remia?

Imaen
langsir_biji_remia-web
Imaen
langsir_biji_remia-web
Kak_Nila
  • Prev
  • 1 of 5
  • Next

 

16 April 2011

Lagi 6 hari
ke Pesta Buku Antarabangsa KL

Apa catan Imaen fasal Langsir Biji Remia?


Sekali waktu, aku ingin berbicara tentang seorang perempuan bernama Duha. Dia yang berselindung di sebalik purdah hitam, dengan hanya matanya yang berbicara lewat langsir biji remia. Membuai Umair dalam bahasa diam Duha; yang bercerita tentang kisah silam yang mereka kongsi ketika kanak-kanak. Menambah cinta yang berkurun Umair simpan pada Duha.

Ini bukan petikan daripada Langsir Biji Remia tau, dan ini juga bukan blurb novel itu. Tapi ini ialah ayat-ayat saya untuk menerangkan Langsir Biji Remia, karya terbaharu penulis Noor Suraya.

Tidak ada yang luar biasa pada novel Noor Suraya kali ini, kerana seperti biasa Noor Suraya menghidangkan sebuah kisah cinta yang manis dalam bahasa yang indah kepada para pembacanya. Kisah cinta yang tidak berlebihan dan disulam dengan batasan agama. Tidak ada adegan pegang-pegang tangan. Duduk pun renggang-renggang saja. Wah dah macam lagu Sohaimi Mior Hasan dan Ana Rafali ni. 

Ini kisah cinta merentasi usia, dari kanak-kanak membawa ke alam dewasa, antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang berjiran. Kisah cinta yang tak perlu diluahkan melalui ucapan kata-kata cinta tapi cukuplah bahawa dua hati yang saling mencinta itu memahami hati masing-masing.

Tapi cinta sejati itu bukan cinta kalau tidak ada ujiannya. Bencana pun menimpa, dan Duha bukan lagi Duha yang dulu. Lalu masih kukuhkah cinta Umair pada Duhanya itu?

Nak tahu, kenalah baca Langsir Biji Remia. Noktah!


Apa Saudara Imaen kata? Tolong cakap sekali lagi! Kuat-kuat lagi jelas!
“Tidak ada yang luar biasa pada novel Noor Suraya kali ini...”
Kak Nila sudah ‘jegil dan jelan’ pada Saudara Imaen sambil mengeluh, “Ooooh ??? Isy, Isy, Isy! Begitukah?” Macam tidak percaya :( Saudara Imaen yang sedang berkata macam tu.

Yalah berbanding dengan Jaja & Din, Nyanyian Tanjung Sepi, dan karya-karya lainnya, nampaknya seperti tidak ada apa-apa dengan karya Noor Suraya yang ini sekiranya dilihat dengan mata kasar sahaja. Tetapi jangan lupa ya, Noor Suraya dapat menterjemah sepotong cerita kecil menjadi sebuah cerita yang dikenang sepanjang zaman. Ceritanya tidak serupa dengan penulis lain; dia mengadun ceritanya dengan menggunakan ‘rempah rahsia lagi magis’... dan untuk itu dia tidak sudi berkongsi dengan Saudara Imaen rahsianya pun kerana dari sudut ekonomi, cerita sedihnya sudah mendapat tajaan tisu – Royal Gold.

Noor Suraya jenis yang pandai mengutip kenangan dan memilih peristiwa menjadi tinta berwarna-warni. Noor Suraya penulis yang dapat menukar darah sotong menjadi merah-biru-kuning-putih bagaikan Bendera Malaysia tau. Itu menurut kata sahabat-sahabat Kak Nila la.

Pada yang pernah membaca tulisan Noor Suraya usah terpedaya dengan ‘catan pada prasasti’ Saudara Imaen. Mentang-mentanglah Jumaat hari itu, orang Berita Harian puji karyanya... siap ada hati hendak melawan sifu dia.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DuniaBuku_Singaraningberisaingan/Article

Wah, ruangan ini sudah jadi seperti gaduh-gaduh ‘realiti TV’... ala-ala gusti WWF-lah pula!

Okeylah, Imaen... itu sahaja yang Kak Nila dapat membela Noor Suraya. Apa pula kata anda yang di luar sana fasal Langsir Biji Remia. Kak Nila pasti, Si Manis 17 sedang berkata indah-indah fasal empat novelnya yang terbaharu terbitan JS Adiwarna.



Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?

Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.

Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.

* * * *

Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1992) dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).

 


 

 

Kak Nila
6 hari ke Pesta Buku...