You are here:: Kutubkhanah Pesta Buku 2011 Si Manis 17
 
 

Si Manis 17

langsir_biji_remia-web
blues_retro-web
alahai_jijah-web
Cover-AkuBknBibik-3-web
kartun_Langsirbijiremia-w
kartun_blues_retro-w
kartun_JIJAH-w
kartun_MAAFSAYABUKANBIBIK-w
Kak_Nila
  • Prev
  • 1 of 9
  • Next

14 April 2011

Lagi 8 hari
ke Pesta Buku Antarabangsa KL

Memperkenalkan Sepupu JS Novel: Si Manis 17

Sudah lama Kak Nila ingin bercerita fasal ‘anak terbaharu’ JS Adiwarna – Si Manis 17 ini. Namanya sahaja Si Manis 17, tetapi novelnya bukan untuk golongan remaja semata-mata. Tolonglah jangan salah faham ya, kerana ini bukannya chicklit. Kita letakkan namanya Novel Si Manis 17 untuk menunjukkan idea yang 'muda', 'segar' dan 'indah'. Yalah, kalau letak Si Manis 37 – Si Manis 47 – Si Manis 57, siapalah pula yang akan percaya kan?

Barang-barang kecantikan harus menggunakan nama dan istilah remaja yang membawa konotasi ‘awet muda’ – lalu Si Manis 17 ini juga menggunakan formula yang sama untuk memikat golongan remaja dan dewasa yang membacanya.

Dalam masyarakat Melayu, umur 17 itu lambang menuju kedewasaan dan waktu kemahiran psikomotor dan minda berkembang dengan pesat sangat. Itulah rahsianya kenapa siri baharu JS Adiwarna ‘kami’ namakan sedemikian. Genrenya khusus untuk menghargai pendapat bahawa cerita yang baik sahaja tidak mencukupi jika tidak 'disandingkan' dengan bahasa yang sempurna! Apatah lagi, orang Melayu selalu berkata – budi bahasa. Maknanya, 'budi' itu datang daripada masyarakat yang dapat 'berbahasa' dengan sempurna. Begitulah juga sebaliknya. Sudah terserlah bukan, bahawa Si Manis 17 ini bukannya tempat menulis dengan bahasa semberono apatah lagi cerita-cerita tidak senonoh.

Belayar satu jong penuh padat,
    Dari Pattani langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
    Bahasa tidak terjual beli.

Justeru, setelah berbincang... kami merasakan sudah menjadi tanggungjawab JS mendidik masyarakat mengutamakan bahasa untuk membina budi dalam kalangan golongan muda; dan kemudian mengilap budi pada golongan yang sudah 'matang'. Insya-Allah. Frasa ini juga merujuk kepada barisan warga JS Adiwarna khususnya, dan keluarga JS secara amnya.

Aduhai dah sampai ke Madagascar dah cerita Kak Nila ni... okey dipendekkan cerita.

Bagaikan perawan, Si Manis 17 ini sungguh istimewa... Ini kerana ceritanya tidaklah panjang dan memudahkan pembaca yang ingin berhemat waktu. Tidak tebal sangat dan berat yang membolehkan anda membaca sambil berbaring, meniarap atau telentang. Yalah, jumlah halamannya hanya lebih kurang 250 sehingga 350 sahaja.

Harganya?
Cuma RM17 sahaja. Genrenya pelbagai.
Untuk si kembar empat sulung untuk Pesta Buku Antarabangsa 2011 ini, ada empat penulis yang datangnya dari empat zaman dan empat latar belakang pendidikan; empat plot yang mempamerkan empat gaya dan empat teknik... dan yang menyatukan mereka hanyalah, mereka sedaya mungkin menggunakan bahasa yang betul dan baik.

Bahasa yang betul dan baik?
Ya, bahasa itu budaya bangsa! Bahasa itu lambang ketamadunan bangsa. Bahasalah yang menyatukan kita semua – rakyat Malaysia. 

Bacalah Langsir Biji Remia, dan fahami kenapa kita harus cinta pada bahasa sendiri.
Bacalah Maaf, Saya Bukan Bibik! untuk belajar kenapa gagal bahasa Melayu itu sungguh memalukan.
Bacalah Alahai Jijah untuk menekur sekejap dan bersetuju bahawa bahasa anak-anak itu turunnya daripada siapa yang mendidiknya.
Bacalah Blues Retro untuk menaikkan semula jati diri bangsa dan bahasa kita!


Si Manis 17 ini sopan santun orangnya, namun dia tetap mengikut perkembangan (‘trend’) semasa dan fikirannya bergerak mengikut arus peredaran zaman – tanpa pernah meninggalkan tradisi bangsanya.

Marilah kita berkenalan dengan Si Manis 17 ini dengan meletakkan tanda ‘Like’ pada Facebook Si Manis 17 beramai-ramai. Kemudian dapatlah menyertai peraduan ‘Menulis Dialog Novel Si Manis 17’ ini.


http://www.facebook.com/pages/Si-Manis-17/213908208636430#!/media/set/fbx/?set=a.214343811926203.71229.213908208636430

‘Menulis Dialog Novel Si Manis 17 di Facebook’
Syarat peraduan:
(1)    Anda boleh menyertai satu, dua, tiga atau empat segmen menulis dialog ini. Bagaimanapun untuk setiap segmen, penyertaan anda mestilah tidak lebih daripada DUA penyertaan sahaja. Sekiranya lebih daripada dua dialog ada di segmen yang sama, hanya dua penyertaan awal sahaja yang akan dinilai.
(2)    Anda boleh menulis pelbagai jenis laras atau gaya dialog misalnya, syahdu, marah, romantis, sedih, politik, humor  atau apa sahaja, asalkan menjaga tatasusila dan budi bahasa. Dialog yang menjurus ke arah yang negatif akan dibatalkan penyertaannya dan dikeluarkan daripada petak komen. 
(3)    Setiap dialog mestilah tidak lebih daripada 15 patah perkataan untuk setiap kotak bagi setiap segmen.
(4)    Jawapan (iaitu ‘Comment’) mestilah dihantar terus ke dalam alamat Facebook berikut:
http://www.facebook.com/pages/Si-Manis-17/213908208636430%20#!/photo.php?fbid=214343825259535&set=a.214343811926203.71229.213908208636430&type=1&theater pada kotak dialog gambar yang betul.
(5)    Tarikh akhir menghantar dialog ialah pada 21 April 2011 sebelum pukul 8 malam.
(6)    Keputusan peraduan akan diumumkan di Facebook rasmi Jemari Seni Sdn. Bhd. dan Si Manis 17, pada pagi 22 April 2011 sebelum jam sepuluh pagi, insya-Allah.
(7)    Hadiah boleh diambil di Gerai Jemari Seni pada bila-bila masa sahaja sepanjang Pesta Buku Antarabangsa KL 2011. Pada pemenang yang tidak dapat hadir ke pesta buku; hadiah akan dikirimkan dengan kos pos ditanggung oleh pemenang.
(8)    Dialog yang memenangi peraduan ini akan menjadi hak milik Jemari Seni dan sekutunya. Pihak JS boleh menggunakan sebagai promosi di Facebook rasminya.
(9)    Dialog ini terbuka pada semua ‘rakan’ Si Manis 17 yang baik dan manis.
(10)    Penyertaan mestilah diajukan ke Facebook, surat-menyurat, faks dan pesanan telefon tidak di terima.

Cenderahati
LAPAN cenderahati diberi untuk keempat-empat segmen iaitu DUA pemenang bagi setiap segmen.
Setiap beg cenderahati menerima:
(1)    Menerima EMPAT (4) buah buku Si Manis 17 yang sulung iaitu Blues Retro, Alahai Jijah!, Maaf, Saya Bukan Bibik! dan Langsir Biji Remia.
(2)    Sebuah beg kertas – Beg Bergaya
(3)    Sebuah kipas tangan – Kipas Berlagak
(4)    Lencana butang (button badge)
(5)    DAN sebuah dialog terbaik (dipilih daripada lapan pemenang) akan menerima sehelai apron Jemari Seni.



Dengan kasih,

Kak Nila

8 hari ke Pesta Buku...