You are here:: Kutubkhanah Pesta Buku 2011 Buat Orang Muda (BOM)
 
 

Buat Orang Muda (BOM)

COVER-CtkCempaka-web
COVER-ANA-web
COVER-HeroKgTalang-web
COVER-Misi2050-web
COVER-RumahNo12-web
COVER-GengABCDE-web
COVER-SagaAldarian-web
COVER-KelabDETEKTIF-web
COVER-TKasihCg-web
Misteri
SFiksyen
Fantasi
XPDC
Teladan
Kreatif
trivia_kartun
Kak_Nila
  • Prev
  • 1 of 17
  • Next

13 April 2011

Lagi 9 hari
ke Pesta Buku Antarabangsa KL

Buat pembaca yang Kak Nila sayangi…

Petang ini Kak Nila hanya ingin bercerita fasal buku Buat Orang Muda (BOM). Mungkin buletin hari ini sesuai untuk mereka yang sedang mencari bahan bacaan bermutu untuk anak-anak, adik-adik atau pada dirinya sendiri. Mungkin dia seperti Kak Nila yang suka membaca buku untuk orang muda. Itulah rahsia awet muda Kak Nila, sebenarnya. Suatu waktu dulu, Kak Nila sudah habis membaca semua karya Enid Blytons di pustaka sekolah. Hanya kerana itu, tatkala JS membuka jabatan kanak-kanak dan remajanya – JS Adiwarna; Kak Nila awal-awal lagi sudah mengangkat tangan untuk turut sama merealisasikan.

Apabila Kak Nila bertanya kepada Noor Suraya mengapa harus ada JS Adiwarna. Inilah jawapan Noor Suraya tentang hal ini…

“Menerbitkan buku-buku bermutu untuk golongan muda adalah tanggungjawab sosial dan amanah dalam agama. Selain saya seorang Munsyi Dewan, saya dan Imaen (Pengurus Penerbitan di JS Adiwarna) ialah Anak Kandung Suluh Budiman juga. Terasa seperti dosa tidak terampun kalau saya abaikan fasal ini. Pada bahu penerbit, bagaikan tertulis yang mereka sedang mengecat dan mewarnakan jiwa anak-anak. Penerbit harus ada integriti kerana pada setiap aksara yang mereka cetak, mereka bagaikan sudah diberi mandat untuk membina jiwa bangsa. Penerbit harus jujur dalam hal ini. Itulah yang sedang kami galas di JS Adiwarna. JS Adiwarna buku untuk dipersembahkan pada ANAK MALAYSIA!”

Di JS Adiwarna kami membahagikan cerita mengikut genre dan umur. Untuk pesta buku minggu depan, semua buku BOM dijual cuma RM10… tidak kira genre apa, dan setebal mana pun. Kami sudah ada 15 buah buku cerita  menanti anda di Gerai JS. Di bawah ini Kak Nila senaraikan buku-buku TERBAHARU untuk memudahkan anda memilih.

Siri BOM ditulis untuk orang muda yang dahagakan cerita-cerita yang penuh adventure dan penyiasatan; buat pembaca muda yang sangat menghargai persahabatan dan kasih sayang serta setia kawan; juga untuk mereka yang mencintai warisan. Tetapi kan, ada yang berkata – buku kanak-kanak diterbitkan oleh syarikat mana pun serupa sahaja.

Oh, tidak sama, sayang! Itu jawapan Kak Nila pada soalan kamu itu!

Apa lebihnya siri BOM keluaran JS Adiwarna berbanding Penerbit Cap A, B, C mahupun Cap X, Y, Z?

Okey, Kak Nila cuma ada LIMA sebab sahaja. Mungkin editor dan penerbit akan ada lebih daripada ini. Inilah hasil pantauan Kak Nila sejak menjadi sebahagian daripada Jabatan Editorial JS Adiwarna.

SATU: Siri BOM dikarang oleh penulis yang memahami dunia kanak-kanak. Penulis siri BOM ada matlamat untuk membentuk generasi muda menjadi lebih baik, lebih sedar akan nilai moral, serta adanya tanggungjawab pada diri, keluarga dan pada masyarakat serta tanah air. Gaya bahasa penulis siri ini segar dan menarik.

DUA: Siri BOM diterbitkan oleh penerbit yang sedar bahawa generasi yang bertamadun haruslah yang mampu menguasai bahasa ibunda dengan baik.  Sebagai penerbit yang bertanggungjawab, JS Adiwarna mahu nilai-nilai moral dan nilai-nilai murni harus diterapkan dalam buku-buku terbitannya.

TIGA: Siri BOM melengkapi jiwanya pembaca muda yang mahu menelaah pelbagai genre. Untuk memilih bahan bacaan kesukaan mereka, ada stiker yang menentukan genre – Misteri, Sains Fiksyen, Fantasi, Ekspedisi, Teladan, Kreatif.



EMPAT: Siri BOM menggunakan kaedah perfect binding dengan kertas putih yang tidak menyilau mata pembaca muda; dilengkapi dengan ilustrasi yang disesuaikan dengan cerita bagi merangsang pembacaan orang muda.

LIMA: Siri BOM mementingkan bahasa yang betul dengan pemilihan diksi yang kena pada tempatnya. Penyuntingan siri ini diselia oleh Puan Noor Suraya seorang Munsyi Dewan. JS Adiwarna memilih editor berpengalaman yang mengutamakan bahasa yang tersusun.  Selain itu aspek budaya yang menepati susila masyarakat Melayu/Malaysia serta kehendak negara menjadi keutamaan. 

Wah, hari ini Kak Nila menulis dengan tertib kerana buletin ini ‘buat orang muda’ yang putih hatinya. Kak Nila juga tidak membuat rayuan membeli-belah kerana Kak Nila tahu, hanya jauhari mengenal manikam… dan benih yang baik kalau jatuh menjadi pulau. Jadi buku terbitan JS Adiwarna sudah terserlah kelebihannya berbanding Cap A, B, C  apalagi X, Y, Z… ahaks.

Untuk adik-adik, kita ada Kuiz Trivia JS Adiwarna…

Lihatlah apa cerita Abang Adi (juga mewakili Kakak Warna) untuk pesta buku di Gerai JS Adiwarna nanti.

500 Naskhah BOM untuk Diedarkan
Sempena Pesta Buku Antarabangsa KL ke-30

Assalamualaikum,

Saya, Abang Adi daripada JS Adiwarna (syarikat bersekutu Jemari Seni Sdn. Bhd.). Kami  menerbitkan buku Buat Orang Muda (BOM) dalam pelbagai genre. Sempena Pesta Buku Antarabangsa KL ke-30 JS Adiwarna ingin menjemput pembaca buku cerita yang berumur 6 sehingga 14 tahun untuk menyertai Kuiz Trivia JS Adiwarna.

Butiran Kuiz Trivia JS Adiwarna:
1.    Kuiz bermula mulai jam 10.30 pagi sehingga 5.30 petang; pada hari Isnin (25/4), Selasa (26/4), Rabu (27/4) dan Khamis (28/4).
2.    Sila lapor diri di Kaunter JS Adiwarna – Gerai A5-A8, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.
3.    Pelajar boleh datang secara berkumpulan (bertiga/berlima/bertujuh); namun hadiah hanya diberi kepada mana-mana peserta yang mendapat markah tertinggi sahaja.
4.    Satu naskhah BOM untuk seorang peserta sahaja.

Apa itu kuiz trivia?
Kuiz trivia ialah pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz. Contohnya; trivia sains, trivia sejarah.




Dengan kasih,

Kak Nila

9 hari ke Pesta Buku...