Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

 
 
 
 
You are here:: Kutubkhanah Pesta Buku 2011 Novel-novel JS 2011
 
 

Novel-novel JS 2011

COVER-KcJendelaAinnur-web
COVER-KauCuriHatiku-web
COVER-ImpikanMentari-web
COVER-DiaDia-web
COVER-Tinta-web
COVER-MenungguHujan-web
COVER-MencariSuami-web
COVER-Quartet-web
COVER-BajuMelayu-web
COVER-CJ-Fend
COVER-CJ-K2
Kak_Nila
  • Prev
  • 1 of 12
  • Next

11 April 2011

Kenapa Waswas untuk Membeli Tulisan Penulis Baharu?

Assalamualaikum,

Kembali bersama pembaca Jemari Seni yang dikasihi...

Sirih saya sirih bertanya,
Adakah tuan menaruh intan?

Aduhai, soalan yang bagus sekali. Adakah Jemari Seni menaruh intan?
Sudah lama benar Kak Nila ingin bercerita fasal penulis Jemari Seni. Pada Kak Nila mereka semuanya intan; cantik bersinar.

Ya intan!
Mereka bagaikan batu permata yang indah. Masing-masing punya daya tarikan yang tersendiri apabila menulis. Bak kata orang, intan ini kalau kena asahannya lama-lama menjadi berlian. Pada penulis baharu, mereka ini ibarat intan belum dicanai; namun tetap sahaja cantik sifatnya.

Bercakap fasal penulis baharu ini, ramai yang waswas hendak membeli tulisan mereka. Kenapa ya? Apa yang tidak betul dengan tulisan mereka?

Tidak ramai pun yang sedar, tiada yang baharu... tentulah tiada yang lama. Di Jemari Seni kebanyakan penulis mula mengilap nama dengan buku pertama mereka di sini. Tiada siapa yang lahir-lahir terus berjalan dan berlari kecualilah anak kuda, bukan?

Kak Nila sebenarnya suka sangat dengan idea-idea penulis baharu yang segar. Mereka ini berani mencuba pelbagai teknik. Untuk pesta buku ini, kita gabungkan penulis lama dan baharu. Inilah barisan buku-buku terbitan tahun 2011.

Fasal I
Diskaun 20% untuk Novel JS Terbitan 2011
Bulan Januari, JS ada Diya Nordin dengan Kaca Jendela Ainnur. Cerita ini buat Kak Nila sebak sangat; tetapi jangan risau cerita ini ada bahagianya. Penulis untuk bulan Januari yang sudah jadi berlian tentulah Iman Xara. Ini tulisan ketiganya bersama JS Novel. Cik Iman Xara ada kumpulan pembacanya yang tersendiri. Kau Curi Hatiku tetap mencuri perhatian pembaca.

Bunick Firdaus dan Shahzy Hana masing-masing mempertaruhkan buku pertama mereka dengan JS Novel, iaitu Dia & Dia dan Impikan Mentari. Mereka mendapat ulasan yang bagus di resensi buku dalam Internet. Masing-masing sedang berdebar untuk bertemu dengan pembaca di Gerai Jemari Seni. Kata Shazy Hana, beliau sudah sediakan 100 kole seramik untuk 100 pembeli Impikan Mentari pada sesi bertemu pembaca. Jangan lupa rujuk hari bertugas beliau ya. Bunick Firdaus juga ada sesuatu; tetapi katanya... biarlah rahsia!

Lihat jadual sesi tanda tangan penulis di sini

Tinta – novel kompilasi kali ini menggabungkan Nasron Sira Rahim (Wajah Ketiga); Syud (Dia Dalam Ramai); Pingu Toha (Ada dan Evan). Gabungan mantap ini berjaya membuat novel Tinta ini dicetak semula dalam masa sekejap sahaja. Anda masih meragui? Kak Nila tidak! Macam-macam rasa ada dalam novel kompilasi ini. Tunggulah tawaran istimewa Tinta+Kebun Mimpi+Damai=RM39 sahaja. Mana hendak dapat harga begini kalau beli satu-satu, kan? Ini potongan 40% tau.

Sementara itu, Adeliah pula meletakkan judul Menunggu Hujan sebagai novel keduanya untuk bulan Mac dengan Jemari Seni. Setelah Pada Angin Aku Berpesan mendapat perhatian ramai, rupanya Cik Adeliah tahu magis ceritanya terletak pada kata kunci alam. Tahun lalu dia cuba pada ‘angin’, dan tidak hairanlah tahun ini dia memilih ‘hujan’ pula.

Biarlah Kak Nila bercerita mengenai buku yang akan dipasarkan mulai 15 April ini. Biar juga Kak Nila berbisik di sini, semua buku dari bulan Januari 2011 sehingga buku pracetak akan dijual dengan diskaun 20% untuk pesta buku nanti. (Isy, isy, isy... ulang lagi jumlah diskaun). Jadi belilah waktu pesta buku ya!

Okey untuk bulan April, JS Novel sediakan This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Aha, tentu semua orang tertunggu cerita apa yang ditulis oleh Normaslina Masri yang ala-ala sudah jadikan Rumah Penerbitan JS sebagai tempat mencari jodoh pula.

Dan Saidatul Saffaa pula mempersembahkan Quartet. Dengan mengambil kira Damai, inilah novel ketiga penulis muda ini. Ceritanya mengenai seorang wanita yang mudah jatuh cinta dan...? Kenalah baca sendiri!
Jeng... jeng... jeng
Untuk pracetak – Syud bercerita fasal Baju Melayu Hijau Serindit, dan Hlovate dengan catatan hidup Fend dan K² dalam Contengan Jalanan. Pada yang sudah lama menunggu novel daripada penulis-penulis ini, jangan lupa dapatkan hangat-hangat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.

Jadi jangan lupa bawa dompet, tas tangan yang mengandungi duit dan kad kredit untuk membeli-belah ya! Amboi Kak Nila, bercakap ala-ala mata duitan begitu.

Yalah, inikan pesta buku... takkanlah tak mahu ambil kesempatan untuk dapatkan harga runtuh kut?

Kak Nila sayang adik-adik pembaca tau. Kak Nila cuba menghemat perbelanjaan dengan bercerita fasal diskaun dan sedikit ulasan buku ala-ala Hasbullah Awang mengulas sukan di RTM. Kurang-kurang adik-adik pembaca sudah tahu hendak beli apa; sudah boleh mencatat senarai buku yang ingin dibeli.

Jumpa lagi untuk mendengar Fasal II – buku-buku terbitan tahun 2010 dan ke bawah pula. Ada ramai penulis yang belum Kak Nila kenalkan.

Wassalam.


Kak Nila
12 hari ke Pesta Buku...