Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

 
 
 
 
You are here:: Kutubkhanah Pesta Buku 2011 Selamat Datang Bulan April
 
 

Selamat Datang Bulan April

Jslogo_small
Logo_BULAT-JS-Adi
Iklan_KTM-s
Kak_Nila
  • Prev
  • 1 of 4
  • Next

Assalamualaikum,

Moga pembaca Jemari Seni yang Kak Nila kasih lagi sayangi sentiasa dalam rahmat Allah.

             Pinang menghadap sirih menyembah
             Jari sepuluh menyambut kisah

Sudah lama benar Kak Nila tidak berkata-kata, konon hendak mulakan sembah bicara dengan siapnya laman sesawang baharu. Malangnya Laman Jemari Seni ini siap pada waktu Kak Nila sibuk mengalahkan Tun Perpatih Putih hendak menyambut menantuJ

Baiklah untuk mula-mula ini biarlah Kak Nila perkenalkan dulu ‘laman baharu’ Jemari Seni. Laman ini berkongsi dua rumah, Jemari Seni Sdn. Bhd. (JSSB) dan JS Adiwarna Sdn. Bhd.

Dipersilakan melawat sehingga ke ‘dalamnya’. Cuma biasalah adat rumah baharu – perabotnya belum siap terisi; dindingnya belum habis berhias dan tentunya cat ada yang tidak kena di sana sini. Moga kekurangan ini dimaklumi. Moga kekurangan ini tidak menyulitkan.

Alahai, bukan main ya bicara Kak Nila kali ini. Maklumlah, rumah baharu bicara pun mestilah terlebih santun. Apatah lagi berbicara pula di anjung rumah begini; tempat menyambut tamu. Tentunya adik-adik pembaca hairan Kak Nila sudah tersampuk hikayat yang mana satu; sehingga jadi terlebih sopan begini J kan?

SATU

Fasal: Jemari Seni

Jemari Seni Sdn. Bhd. (JSSB) ini dulu namanya Jemari Seni Publishing. Logo dan produknya masih dikekalkan. Cuma semua buku terbitan mulai Januari 2011 akan menggunakan nama korporatnya JSSB dan di laman ini akan dikenali sebagai JS NOVEL. Pengurus Penerbitan untuk JSSB ini sama seperti Jemari Seni Publishing dahulu iaitu Puan Mariah Mustapha.

JS Adiwarna Sdn. Bhd. pula syarikat bersekutu JSSB. Mula beroperasi pada 1 Disember 2010. Produknya setakat ini ialah Novel Si Manis 17 dan Novel Buat Orang Muda (BOM). JS Adiwarna sedaya upaya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Pengurus Penerbitan untuk JS Adiwarna ialah Saudara Mohd Rosdi (juga dikenal dengan nama pena IMAEN).

Ramai yang sudah tahu, Jemari Seni sudah berpindah ke premis perniagaannya yang baharu. Lihatlah peta lokasinya dan alamatnya, apabila adik-adik pembaca ‘melawat’ seluruh Laman Jemari Seni berserta ruang dalamnya nanti.

DUA

Fasal: Pesta Buku

Perkara kedua yang ‘WAJIB’ Kak Nila ‘hebah dan heboh’ ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Sudah 29 tahun pesta buku anjuran Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) ini berlangsung. Untuk kali pertamanya (untuk kali ke-30), ada kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Moga tahun ini lebih meriah, lebih ramai pengunjung dan yang penting lebih ramai yang membeli buku.

Sudah nampak ke poster iklan Jemari Seni di koc-koc wanita komuter di KL ni?

Okeylah, akhir sekali... setiap hari insya-Allah kita ada cerita fasal pesta buku. Ini termasuklah tradisi ‘menghitung 10 hari’ (countdown) bermula dari 12 April sehingga 21 April. Penulis ruangan ‘Menuju ke Pesta Buku ke-30’ ini terdiri daripada ‘Kak Nila’, Noor Suraya dan Imaen serta ‘Abang Metafora’... bacalah corat-c0ret dari meja editorial Jemari Seni.

 

 

 

Kak Nila

14 hari ke Pesta Buku...