Assalamualaikum pembaca budiman sekalian,
Sukacita Cik Kasih nak umumkan novel terbitan bulan Mac dan April 2014 daripada Jemari Seni.
Novel bulan Mac dimulakan dengan novel pertama hasil tulisan Bidayatul H. yang berjudul 1, 2, 3… Bintang di Langit. Novel ini berkisahkan tentang persahabatan yang terlerai kerana ‘rasa’ yang ada pada salah seorang di antara mereka.
Blurb di belakang novel:
Dia pernah ditanya oleh seseorang, mengapa dihitung bintang di langit?
Ahmad Farhan. Dia pernah lukakan hati seorang sahabat, gara-gara mengikut emosi. Ikatan persahabatan mereka bagai bertemu titik noktah.Ji’a. Yang dia tahu, silapnya cuma satu. Menaruh hati pada sahabatnya sendiri. Itu saja. Tetapi amarah Ahmad Farhan padanya, seolah-olah salahnya itu besar sangat.
Ahmad Farhan. Adakala, kenangan itu mampu menang dalam menakluki hati. Jarak yang terpisah, buat dia sedar. Bertemu kembali, dia nekad memulihkan hubungan dahulu. Namun, semua itu bukan perkara mudah.Ji’a. Dia belajar menjadi Nur Farha. Kalau dia masih menyimpan perasaan pada lelaki itu, dia seperti sedang berjalan di lantai yang licin dengan memakai selipar yang sudah haus tapaknya.
Pertemuan semula membuatkan Ji’a sering mengelak, sedangkan Ahmad Farhan berusaha mendekati. Kutub Utara, Kutub Selatan tak pernah bertemu. Jadi, masih adakah peluang untuk mereka berbaik?
... kerana bintang itu hanya mampu untuk dihitung, namun amat mustahil untuk digapai.
***
Marilah bersama-sama Nur Farha ‘menghitung’ 1, 2, 3... Bintang di Langit. Tugas anda pasti lebih mudah dengan gaya santai BIDAYATUL H. yang sangat memikat.
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 03 Mac 2014
Cik Kasih nak kongsi pendapat editor yang mengedit novel ini.
Sebuah kisah cinta yang manis yang berpegang pada adat dan budaya kampung dengan bahasa yang santai dan memikat.
Okey, apabila dah habis baca kisah manis yang santai, Cik Kasih nak ajak pembaca baca pula Detak Jantung Dia, sebuah kisah manis berbunga yang mengusik jiwa. Novel ini merupakan karya ketiga daripada Aidah Bakri setelah Mencari Taman di Hati dan Dandelion ditiup Angin. Cik Kasih dah terbuai-buai dah walau baru baca blurbnya.
membisulah semahumu wahai bulan...
kerana bisumu itu adalah keindahan
Hidup Afra sunyi daripada kasih sayang orang tuanya. Sewaktu kecilnya, Afra terpaksa diserahkan kepada sebuah keluarga untuk dijaga. Apabila dewasa, tiada kemesraan dalam hubungan Afra dengan orang tuanya namun hidup Afra sentiasa ditentukan oleh mereka termasuk soal memilih pasangan hidup.
Hati Samir bergetar saat anak mata bertaut dengan renungan si gadis. Lebih manis lagi apabila mereka berkongsi debaran-denyut-detak jantung yang sama. Namun indahnya getar perasaan mereka hanya mampu disimpan kejap dalam bilik hati apabila kedua-dua orang tua Afra sudah menetapkan jodoh untuk Afra.
Bagi Hanif, Afra itu seperti adiknya sendiri. Tanpa sedar, perasaan sayangnya buat si gadis sudah bertukar rentak. Ada pedih yang terhiris apabila ternyata si gadis telah menemui cinta hatinya. Namun, untuk melepaskan Afra tidak termasuk dalam agenda hidupnya.
apabila cinta adalah air mata... mampukah dia tersenyum nanti?
***
AIDAH BAKRI melakar kisah yang membuai jiwa antara Afra, Samir dan Hanif dalam Detak Jantung Dia dengan bahasa yang indah dan menyentuh hati.
Penulis: Aidah Bakri
ISBN: 978-967-0508-56-6
Harga: RM19.00 (Sem. Malaysia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 03 Mac 2014
Kata editor tentang manuskrip ini.
Cerita ini ditulis dengan bahasa yang indah dan amat ‘manis’ sekali. Cerita yang membuat saya sedar, berserah bukan bermakna kita kalah dan pasti ada hikmahnya di mana-mana.
Bab awal novel keluaran Mac ini boleh dibaca di sini
http://jemariseni.com/images/stories/2014_123BintangdL-Bab1-5.pdf
http://jemariseni.com/images/stories/2014_DetakJD-Prolog-Bab5.pdf
Seterusnya, Cik Kasih nak perkenalkan pula novel keluaran bulan April, iaitu novel Cooper-K karya kedua daripada RodieR. Kali ini Rodier bercerita tentang Si Mia (pada mereka yang membaca Nyanyian Hati pasti akan teringatkan Si Mia yang ceria dan sentiasa gembira itu).
Blurb di belakang novel:
Nama:
Amilia Aisya Abdul Aziz
|
RX 00000
Nama saya Khairul Fairuz Muhammad, panggil Cooper. Nak panggil awak apa?
Takkan hari-hari saya nak kena panggil Cik Amilia Aisya kut?
Khair
Pegawai Perubatan Wad
|
No Kad Pengenalan/RN:
2007345678
|
|
Tarikh:
Suatu waktu dulu... kini... mungkin selamanya....
|
Kisah mereka tak sehebat kisah cinta Somebody K-Somebody Famous. Sebab Cooper K-Amilia Aisya tak pernah pun bercinta. Hubungan mereka bermula atas dasar persahabatan. Namun, apa yang jadi jika salah seorang tidak terdaya lagi menahan perasaannya sendiri?
Dalam tenang yang lama dicari olehnya, Khair datang mengharu-birukan hidup Amilia. Bolehkah Amilia mengembalikan kenangan lama? Menghidupkan semula memorinya ketika bersama Cooper dulu, dengan Khair?
Penulis: RodieR
ISBN: 978-967-0508-58-0
Harga: RM23.00 (Sem. Malaysia)/RM26.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 03 April 2014
Sedikit kata editor mengenai novel ini:
Sebuah kisah yang comel dan romantis antara seorang doktor dan pegawai farmasi. Ada pelbagai info menarik mengenai dunia perubatan dan farmasi yang disampaikan dengan cara yang santai dan mudah difahami.
Dan… novel terakhir yang akan Cik Kasih perkenalkan dalam buletin kali ini adalah Kutunggu Pinanganmu, karya kedua Fisha selepas muncul dengan novel sulungnya Takkan Pernah Berubah.
Tajuk novel ni pasti membuatkan adik-adik pembaca senyum tersipu-sipu
Kecewa dengan hubungan cinta tak kesampaian, Qistina mencari semula ketenangan diri yang hilang. Perkenalan dengan Amir melalui Skype telah membuahkan bibit-bibit bahagia. Namun Amir hilang secara tiba-tiba membuatkan dia kecewa sekali lagi. Ketika itu dia fikir bahawa kebahagiaan itu bukan miliknya.
Bimbang tentang jodoh Qistina, datuknya cuba mencarikan jodoh untuknya. Dia disuruh memilih antara dua, Hud atau Fawwaz. Hud seorang doktor yang kacak bergaya, manakala Fawwaz hanya membantu mengerjakan sawah datuknya. Siapa yang menjadi pilihan Qistina? Adakah dia akur pada undi majoriti keluarganya?
Tika hati berdetik, kaulah pilihan
Tuhan buatku... kerana itulah sayang
***
Selepas Takkan Pernah Berubah, kali ini FISHA kembali dengan Kutunggu Pinanganmu. Pengisahannya yang santai membawa kita bersama-sama Qistina menanti hari bahagia.
Penulis: Fisha
ISBN: 978-967-0508-59-7
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 03 April 2014
Komen editor mengenai novel ini:
Sebuah cerita yang santai dan tidak membebankan fikiran pembaca dengan konflik yang berat. Cerita yang mengetengahkan kehidupan masyarakat desa di kawasan sawah padi. Dikisahkan juga tentang kegigihan seorang pemuda yang mengusahakan ladang ternakan lembu dengan bersungguh-sungguh. Usaha pemuda ini dikaitkan dengan realiti masyarakat sekarang yang memandang rendah kepada pekerjaan sebegitu.
Bab awal novel keluaran April ini boleh dibaca di sini
http://www.jemariseni.com/images/stories/2014_CooperK-Bab1-6.pdf
http://www.jemariseni.com/images/stories/2014_KPinanganmu-Prolog-Bab5.pdf
Kesemua novel ini boleh didapati di Kedai JS, pembelian online di www.jemariseni.com dan di kedai-kedai buku di seluruh negara, Singapura dan Brunei. Kalau boleh bersabar sedikit,dapatkan novel-novel ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC mulai 24 April ~ 4 Mei 2014. Gerai JS ada di Dewan Tun Hussein Onn. Pastinya lebih meriah.
Cik Kasih berundur dulu dan insya-Allah akan kembali lagi dengan berita tawaran menarik di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
tiap ujian yang Allah datangkan adalah tanda kasih sayangnya
Sampai berjumpa lagi di buletin akan datang. Assalamualaikum.
Salam sayang,
Cik Kasih ♥