Misi 2050 ~ Hafizul Osman

COVER-Misi2050-web


ISBN: 978-967-0201-11-5
Harga: RM15 (Sem. Malaysia)/RM17 (Sabah/Sarawak)

 

 

sebuah karya sains fiksyen

yang mengangkat kegemilangan Nusantara

Tahun 2050!

Dunia sudah berubah. Tiada lagi konsep negara bangsa bilamana negara-negara membentuk blok. Di barat, bersatu negara-negara di Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Eropah membentuk Wilayah Barat yang diterajui Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Perancis.

Ketamakan Presiden Amerika Syarikat membawa pada penghantaran tentera manusia dan cyborg untuk menyerang satu-satunya wilayah yang belum dijajah di Asia Tenggara iaitu Wilayah Nusantara, untuk Barat menguasai dunia secara mutlak.

Dalam kegawatan di ambang perang muncul sekumpulan ‘adiwira’ diketuai Leftenan Hakimi, dari dunia Timur. Mereka manusia indigo yang mempunyai kebolehan luar biasa. Tetapi tugas mereka tidak mudah apabila harus berdepan dengan Diego Sequiera, manusia indigo jadian Wilayah Barat yang dulunya adalah bekas tentera Wilayah Nusantara yang bernama Akram, bekas sahabat baik Hakimi.

Mampukah hero-hero indigo Wilayah Nusantara itu menyelesaikan MISI 2050?

* * * *

HAFIZUL BIN OSMAN penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanik di Universiti Malaya. Mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) ini aktif menulis untuk majalah Tunas Cipta, Dewan Kosmik, E@Siswa dan Berita Harian. Beliau juga pernah memenangi hadiah dalam Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan, 2000 dan 2001.

You are here: Katalog Buat Orang Muda (BOM) Misi 2050 ~ Hafizul Osman