Hlovate

HANYA INGIN DIKENALI dengan nama Hlovate. Menulis baginya adalah satu cara untuk berkongsi dan meluahkan rasa.

Antara kata-kata Hlovate:
"... menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Dunia ni 'classroom' yang paling besar dengan Allah sebagai 'Teacher the Almighty'. Aku banyak belajar dengan tu. Aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang. Aku 'just' tulis apa yang aku rasa dan nak orang rasa. Tapi macam kata kawan aku, 'everything needs commercial value and attraction force'; maka aku pun 'draw' je cerita tu ikut 'taste' orang yang nak baca, tapi dengan 'core' yang aku ada sebagai 'basic color', nak 'share' dan bercerita rasa dengan orang bukan senang."

Katanya lagi:
"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."



 
Buku, muzik, kata-kata, alam dan hujan adalah kegemaran Hlovate. Hlovate kini sedang menuntut di luar negara. Hlovate boleh dihubungi melalui e-mel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

... less is more...

 

CATATAN
Hlovate: Penulis yang ada gaya yang tersendiri dalam mengungkap dan berkongsi rasanya dengan pembaca ~ Noor Suraya.

You are here: Panduan Penulis Penulis JS Hlovate