JS Novel

Lili Norlaili

Novel dewasa pertama yang saya baca ialah Badai Semalam karya Khadijah Hashim, ketika itu berumur sembilan tahun. Ketika berumur sepuluh tahan, saya jumpa sebuah lagi novel yang tersimpan rapi iaitu karya Baharuddin CD yang berjudul Arca Berdiri Senja. Kedua-dua novel ini saya baca berulang kali dan mungkin novel inilah yang mula mencetuskan minat saya dalam membaca novel dewasa.

Saya menulis sekadar mahu suka-suka yang dahulunya hanya mahu mengisi masa terluang. Saya gemar bereksperimen melalui cerpen dan sajak. Pernah juga karya saya tersiar di dalam beberapa majalah bulanan sebelum ini.

Tercetusnya rasa untuk menghasilkan sebuah karya berbentuk novel apabila mendapat saranan daripada kawan sepejabat.. Ketika itu saya sering diberi kepercayaan menjadi pembaca pertama manuskripnya. Juga, dorongan serta kata-kata semangat daripadanya, menjadikan Hanya Dia Sufi berjaya menemui titik noktahnya.

Hanya Dia Sufi, sebuah novel yang ringan penceritaannya, berkisar tentang sebuah kehidupan yang biasa-biasa sahaja di kalangan orang-orang biasa. Betapa jauh jika ingin dibandingkan dengan novel-novel lain yang hebat-hebat di pasaran. Kerana setakat itu yang mampu saya persembahkan untuk nukilan pertama dan saya akan terus mendalami ilmu bidang penulisan kreatif ini dan akan terus memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dari hari ke hari kerana menulis adalah kecintaan saya.

Seorang isteri, ibu dan sekarang masih lagi bergelar pekerja serta pelajar separuh masa. Dan diharap ‘kerjaya’ sebagai penulis kecil-kecilan ini jua mampu digalas sehingga selama-lamanya. Insya-Allah.

E-mail: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Blog: http://www.cahayamalamelie.blogspot.com

Manjlara

MANJLARA atau nama sebenarnya Shuhaida bt Kamis dilahirkan di Parit Buntar, Perak. Telah berkeluarga dan dikurniakan tiga cahaya mata. Memulakan tugas sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya sebaik saja menamatkan pengajiannya dalam bidang kesetiausahaan di Bedford's Girls College pada tahun 1992. Mula menyuburkan minat menulis sejak bergelar suri rumah sepenuh masa pada tahun 2007.

Minat membaca novel tempatan sejak berusia dua belas tahun lagi. Novel pertama yang dibacanya ialah Tempat Jatuh Lagi Dikenang karya Adibah Amin. Persis Sebutir Pasir yang dulunya dikenali sebagai Mungkir Bahagia adalah karya pertamanya yang turut dikongsi untuk tatapan umum secara bersiri di weblog dan sebuah forum anjuran Yahoo (Relexjap). Mendapat ilham menulis melalui hasil pembacaan, pengalaman teman-teman dan lirik lagu.

Kata Manjlara lagi, menulis baginya adalah salah satu bentuk perkongsian, cabang komunikasi dan terapi minda yang sangat efektif dan mujarab. Pun begitu, beliau masih merasakan bahawa karya sulung beliau ini masih mentah dan masih belum layak untuk duduk sebaris dengan karya-karya penulis tempatan yang lain.

Kata-kata yang menjadi kuncinya selama ini... "Bacalah seribu buku, untuk menulis sebuah buku..."

http://manjlara01.blogspot.com

Mazni Darwisya

MAZNI DARWISYA…pernah berangan-angan untuk jadi penulis seawall usia 13 tahun lagi. Dulu suka menulis dalam diari, kemudian cuba-cuba menulis kisah pendek. Selalunya tentang apa yang berlaku dekat sekolah dan kisah kawan-kawan.

Samudera Indah Nian, novel pertamanya ditulis sewaktu berada di Lumut. Mulanya sekadar memenuhi masa terluang. Tidak terfikir langsung nak hantar ke mana-mana penerbit. Namun usai sahaja membaca Kopi Susu Sepatu Biru karya Ruby Hazri, dia terlintas untuk menghantar karya ke Jemari Seni.

Dan akhirnya Samudera Indah Nian yang asalnya diberi tajuk Seindah Samudera diterima untuk diterbitkan. Samudera Indah Nian adalah sebahagian daripada dunia Mazni Darwisya sebenarnya.

Minat menulis tidak pernah padam namun kesibukan sebagai isteri, ibu kepada empat orang putera dan tugas sebagi guru tadika seakan mengehadkan masa untuk menulis. Apalagi kekerapan melakukan rawatan di hospital dan menjadi penghuni wad untuk penyakit wegeners granulomatosis yang dihidapi selama lebih sepuluh tahun memerlukan pengorbanan masa yang tinggi. Apa pun Mazni Darwisya akan terus berkarya demi peminat dan pembaca novel di Malaysia.

Anak kelahiran negeri Perak yang diputerikan pada 6 September 1981 ini berharap kehadirannya dalam dunia penulisan akan diterima pembaca-pembaca novel tempatan.

Mazni Darwisya boleh dihubungi melalui e-mel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau Facebook: Mazni Darwisya.

 

 

 

E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Miqael Arshad

Orang ini berasal dari Dungun, Terengganu dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sura. Orang ini dipanggil Chad yang bekerja sebagai juruteknik komputer dan tidak pernah terfikir menjadi seorang penulis pun. Apa yang berlaku ini adalah dengan izin Allah. Sesungguhnya Dia adalah Perancang Yang Maha Hebat. Chad hanya berusaha untuk berkongsi dan selebihnya Dia yang tentukan. Ilmu milik Allah, bakat juga milik Allah. Alhamdulillah…

Segala kritikan atau cadangan sila salurkan kepada orang ini yang berharap.


‘Ya, Allah, Rahmatilah pembaca sekalian. Amin.’
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


Page 7 of 13

You are here: Panduan Penulis Penulis JS