Novel Terbaharu Mei 2018: Neon ~ Imaen

181

 

Penulis: Imaen

ISBN: 978-967-0851-93-8
Harga: RM27.00 (Sem. Malaysia) / RM30.00 (Sabah/Sarawak)

Pesanan Online: Mei 2018

“Neo, kalau kita ada senapang kita boleh rompak bank....”

Baca bab awal

Ah, Liza memang cantik! Sekali dia senyum, manisnya akan tercetak pada hati siapa yang memandang. Barangkali akan ada lelaki kena bagih dulu baru dapat melupakan dia.

Tapi masalah...

“Ayah saya tak bagi kahwin dengan awak, Neo.” Kata Liza

Neo pejamkan mata. Mengosongkan fikiran... meninggalkan dunia ini sekejap... kecuali Liza. Ya, kecuali Liza yang tetap bersamanya! Ketika jaga dan ketika tidur. Liza ada dalam angin yang bertiup. Liza ada dalam bingit irama kota. Liza ada dalam semerbak wangi kesturi. Liza ada dalam tiang-tiang masjid tua ini. Liza ada bersama burung-burung merpati yang mematuk bulir-bulir padi di Lebuh Ampang. Liza ada di mana-mana dan selamanya.

Neo rasa dia keseorangan sekarang ni... melawan dunia yang bertindak kejam padanya.

Saat ini, dia rasa dunia ini memang dicipta untuk orang kaya...

orang miskin hanya mampu mengeluh saja.

“Neo, kalau kita ada senapang kita boleh rompak bank....”

Dalam Neon, IMAEN bercerita tentang cinta, tentang mimpi, tentang hidup, tentang sosioekonomi menurut gaya dia; mengekalkan ‘trademark’ dia.

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Terbaharu Mei 2018: Neon ~ Imaen