Novel Umum September 2017: Juita, Satu dalam Sejuta ~ Kamalia

Cover Juita - front

Penulis: Kamalia

ISBN: 978-967-0851-88-4
Harga: RM27.00 (Sem. Malaysia) / RM30.00 (Sabah/Sarawak)

Pesanan Online: September 2017

“Aku nak kahwin dengan novelis.” – Juita

Baca bab awal

 

Makna ‘juita’ ada dua makna. Pertama ialah ‘nyawa’, ‘buah hati’, atau ‘kekasih’. Makna kedua pula, ‘cantik’, ‘elok’ atau ‘ratna’. Aku memilih makna pertama untuk menyerumu, kekasih!

– Aliff

Perkara yang paling ditakuti Juita akhirnya terjadi jua – menginjak ke usia 30 dan dia masih juga sendiri. Juita cuba pura-pura bertenang dan berharap akan keajaiban yang muncul sama seperti kisah-kisah cinta yang selalu dia baca dalam novel.

Ya, siapa sangka mimpinya itu menjadi nyata. Nabil Fadhlan, lelaki idaman zaman sekolah yang dulunya hilang tanpa jejak tiba-tiba muncul di hadapannya. Yang lebih mengejutkan, lelaki itu rupa-rupanya sudah jadi seorang novelis thriller seram.

***

“Aku nak kahwin dengan novelis.” – Juita

Dalam pada dia sudah pasang angan-angan untuk menjadi suri hati Nabil Fadhlan, tiba-tiba muncul pula Anggerik sebagai antagonis. Anggerik dan Nabil bagai berkongsi sisi cerita lampau yang penuh misteri. Juita jadi semakin keliru!  

Siapakah yang sebenarnya menjadi watak antagonis dalam cerita cinta Nabil? Anggerik atau dia sendiri?

__________________________________________________________________________________

KAMALIA membentuk ‘dunianya’ sendiri apabila menulis. Juita Satu dalam Sejuta membawa anda menelusuri watak-watak manusia daripada pelbagai sudut pandang.  

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum September 2017: Juita, Satu dalam Sejuta ~ Kamalia