Novel Umum Mei 2017: Fir & Anne ~ RodieR

176

 

Penulis: RodieR

ISBN: 978-967-0851-84-6
Harga: RM28.00 (Sem. Malaysia) / RM31.00 (Sabah/Sarawak)

Pesanan Online: Mei 2017

Hati itu misteri yang tak terungkap, menyukai tanpa sebab, membenci tanpa alasan.

Baca bab awal

 

 

Hati itu misteri yang tak terungkap

 

Menyukai tanpa sebab, membenci tanpa alasan

 

Ahmad Firdaus Abdullah itu sangat pendiam orangnya. Diam bersebab. Sesuailah dengan panggilan The Serious Pine Tree itu. Dia yang suka bertindak di luar jangka itu boleh dikatakan pelik tapi sekali dia tersenyum, ‘seseorang itu’ akan terkesima. Sampai teringat-ingat...

 

“Teringat kat aku sangat ke semalam sampai Google nama aku?”

 

Aina Insyirah Ihsan itu pula ceria orangnya. Bersikap positif dan berani bersuara. Sesuailah dengan nama Annoying Anne with an ‘e’ itu.

 

“Kau ni degil. Ego. Tu je sebenarnya. Sedar tak?”

 

Rahsia Firdaus dan sifat ingin tahu Aina merapatkan mereka dalam tak sedar. Namun hanya kerana sepatah kata ‘tidak’ itu, hala tuju mereka tidak lagi selari.

 

Dengan masa, manusia berubah. Apatah lagi apabila melibatkan rasa yang tak keruan di hati. Yang ceria mula memendam rasa, yang beku mula menabur rindu pada bintang di langit.

 

Namun, mampukah rindu itu berkembang mekar dengan cinta? Apabila rasa yang dipendam itu terlalu dalam untuk diberikan penawarnya?

                                                                                                   *****************************

 

Menyelusuri kematangan dua insan dalam Fir & Anne, RODIER membuai dan melambung perasaan pembaca bagai dalam pelayaran di laut lepas.

 

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Mei 2017: Fir & Anne ~ RodieR