Novel Umum September 2015: Kepala Batu Kepala Angin ~ Fizziany

front KBKA-01

Penulis: Fizziany
ISBN: 978-967-0851-12-9
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia) / RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: 24 Ogos 2015

Baca bab awal

 

 

 

Kisah bermula apabila Si Jelita, Azah masuk bekerja. Yang tidak pernah menyikat rambut ke pejabat, kini dah pandai pakai gel rambut. Yang kemejanya berkedut sejuta, kini tegang diseterika macam ditepek kanji. Yang dah kahwin, mengaku bujang lagi!

 

Tapi Harris pula berkecuali. Dia bermuka tembok berhati batu. Azah dikerling tanpa perasaan. Kena pula, tiba-tiba Azah menjadi pembantunya! Maka bermulalah episod gila antara mereka. Si dara jelita rupanya garang bak singa. Bertengkar, bergaduh dah tak peduli orang sekeliling, macam dalam dunia cuma ada mereka sahaja!

 

“Kau jangan cakap kau yang calarkan kereta aku!”

 

Makin lebar sengih Azah. Perlahan Azah mengangguk.

 

Harris ternganga.

 

Tapi, apabila selalu saja bersama, perasaan berputar 360 darjah. Azah dan Harris mula bingung. Harris resah lantaran rahsia membelenggu diri. Azah tegar kerana tanggungjawab yang tersandar di bahu sendiri. Cinta? Bukan pilihan yang baik buat mereka…

 

Menggalas cinta dan rindu yang kian memberat di bahu, sedangkan terpaksa senyum dalam hiba di celah-celah riuh rendah rakan sepejabat, mampukah Azah dan Harris terus bertahan?

 

FIZZIANY, merupakan penulis berbakat yang berasal dari berasal dari Kajang, Selangor. Yang Arif Yang Wangi merupakan karya pertamanya bersama Jemari Seni. Beliau aktif di Facebook, https://www.facebook.com/fizziany dan boleh juga dihubungi melalui e-mel, This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum September 2015: Kepala Batu Kepala Angin ~ Fizziany