Novel Umum Mac 2013: Di Ruang Itu Ada Kamu ~ Zulina

DRIAdaKamu_Final01_Depan

Penulis:  Zulina
ISBN: 978-967-0508-10-8
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Mac 2013

Sepuluh tahun di New York, dia benar-benar terasa bebas. Bebas daripada kongkongan keluarga dan hidup tanpa protokol. Dia cuma mahu menjadi Shahril Haidar yang biasa dan hidup dengan seadanya. Bukannya hidup dalam sangkar emas dan terkurung bak burung peliharaan. Bebas dalam erti kata yang sebenarnya. Namun seorang gadis yang dia ekori sejak di lapangan terbang telah membawanya kepada permulaan fasa baharu dalam hidupnya.

Baca bab awal


Hampir 28 tahun Adam mengikut sahaja segala kata-kata ayah. Jujurnya dia amat cemburu dengan Shah. Adiknya itu bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya, sedangkan dia tidak dapat membantah apa yang telah direncanakan untuknya. Ini kali pertama dalam sejarah hidupnya dia jatuh cinta pada seorang gadis. Gadis yang pada awalnya hanya untuk dijadikan umpan. Salahkah kalau dia mahu menggapai bahagia?

Sebagai gadis idaman Shah dan Adam, Amy perlu membuat pilihan. Yang dia pasti, dia mahu yang terbaik untuk mengisi ruang hatinya.

***

Di Ruang Itu Ada Kamu mencampakkan kita ke dalam konflik yang memerlukan kita membuat pilihan bersama-sama Amy. ZULINA berjaya mengubah kesukaran memilih itu menjadi sesuatu yang mudah.

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Mac 2013: Di Ruang Itu Ada Kamu ~ Zulina