Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

 
 
 
 
You are here:: Beli Online Novel Umum - JS Adiwarna EPIK CINTA DARI AGIA ~ PINGU TOHA
 
 
PDFPrintE-mail
Emma x Hud ~ NirrosetteFiy Square ~ L

EPIK CINTA DARI AGIA ~ PINGU TOHA
View Full-Size Image


EPIK CINTA DARI AGIA ~ PINGU TOHA

Price per Unit (piece): MYR 22.00
MYR 17.60
You Save: 20.00%

Ask a question about this product

Kisah ini kisah yang datang dari jauh, dari Bumi Agia. Kisah ini kisah yang panjang. Kisah ini kisah cinta.

Segala-galanya bermula daripada pengakhiran sebuah kemerdekaan. Daripada sebuah cinta yang terlewat. Daripada dendam penuh kesumat. Daripada sumpah janji setia. Dari lima ratus tahun yang dulu, sampai ke detik ini.

Firus, Maharaja Ophir ke-44 berhasrat untuk turun takhta selepas 12 tahun bersemayam di Kota Ophir. Penggantinya kelak adalah Alanah, Puteri Sabak. Mereka punya sejarah yang sama, lama dulu. Demi kelangsungan sebuah kerajaan yang berdaulat, Alanah dipersiapkan di bawah bimbinagn Firus.

Dan Alanah dipertemukan takdir dengan Kama. Pada lelaki bermata biru itu, misteri.

Sungguh, hati itu yang paling sukar untuk diperintah. Dan takdir itu telah menentukan untuk mereka kelak. Untuk Firus. Untuk Alanah. Untuk Kama.

Untuk Ophir.

Nun dari seberang sana, dari Tanah Orkal, kapal-kapal berlayar tiga sedang menongkah samudera. Bersamanya, ada dendam kesumat. Gehara sang raja mahu melunaskan janji itu. Seratus lima puluh buah kapal hitam sedang menyeberang Laut Cehipa. Mereka akan tiba ke Tanah Kayang, ke Ophir.

Demi Orkal.

Pada pengorbanan untuk sebuah perjuangan. Pada cinta yang tak terucapkan. Pada kesumat yang belum terlunas. Pada janji yang ditunggu.

Lalu, bagaimanakah akhirannya nanti?





Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.


 
 
 
 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967